Kemahiran Asas Kaunseling Individu

Dalam proses sesi kaunseling individu, Guru Bimbingan harus menguasai pelbagai kemahiran asas bagi membantu klien memahami dirinya sendiri.

Lima kemahiran asas dan tujuan kemahiran itu digunakan dalam sesi kaunseling individu ialah:

(i) Soalan Terbuka:
• Untuk mendapat maklumat lanjut
• Merangsang jawab dengan lebih perinci
• Galakkan klien kongsi maklumat dengan kaunselor

(ii) Pernyataan Semula/ parafrasa
• Memberi tahu klien kaunselor cuba memahaminya
• Meringkaskan dengan lebih jelas apa yang dicakapkan klien
• Menyemak apa yang dipersepsi kaunselor sama dengan maksud klien

(iii) Merefleksi Perasaan
• Mencadangkan satu perasaan yang telah dialami oleh klien bila membuat satu kenyataan
• Menyemak ketepatan perasaan yang dialami
• Komunikasi yang bersifat penerimaannya terhadap klien yang merasai dia diberi perhatian dan didengari serta difahami kaunselor

(iv) Rumusan
• Meringkas perkara yang penting yang telah dibincangkan untuk menyemak kedua-dua setuju tentang yang yang dibincangkan.
• Memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor.

(v) Dorongan minima
• Mengatakan yang kita sedang mendengar dan sedang mengikuti apa yang sedang dicakapkan


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes