Peningkatan Kemahiran Mengolah Perenggan Isi Karangan Jenis Fakta Melalui Teknik ICK Berjadual
Oleh
Mohammad Syahrul Zaim Bin Zahari
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Abstrak
Oleh
Mohammad Syahrul Zaim Bin Zahari
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Abstrak
Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini bertujuan meningkatkan kemahiran mengolah perenggan isi karangan fakta melalui teknik ‘ICK Berjadual’. Tinjauan awal mendapati bahawa murid mengalami masalah untuk mengolah perenggan isi karangan jenis fakta. Kebanyakan murid gagal mengolah perenggan isi dengan lengkap dan koheren. Kajian ini menggunakan instrumen ujian dan temu bual dan data dianalisis secara deskriptif. Responden kajian terdiri daripada 27 orang murid kelas 4 Marikh dan 4 orang Guru Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Pelaksanaan teknik ini dimulakan dengan pengenalan konsep ayat isi, contoh dan kesan kepada murid. Penggunaan jadual pula digunakan bagi mengukuhkan kemahiran mengolah perenggan isi. Pelaksanaan teknik ini dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Dapatan Ujian Formatif 1 dan 2 menunjukkan 16 daripada 20 responden mengalami peningkatan markah sebanyak 59.26 peratus. Dapatan Ujian Karangan Sebelum dan Selepas Tindakan juga menunjukkan peningkatan markah sebanyak 81.48 peratus. Hasil analisis temu bual menunjukkan bahawa 85.71 peratus responden menyatakan bahawa teknik yang diperkenalkan mampu membantu mereka mengolah perenggan isi karangan jenis fakta dengan teratur, tepat dan koheren. Dapatan kajian menunjukkan teknik “ICK Berjadual” dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mengolah perenggan isi karangan fakta dan seterusnya pencapaian dalam penulisan dalam karangan. Oleh itu, teknik “ICK Berjadual” boleh menjadi alternatif kepada Guru Bahasa Melayu bagi mengatasi masalah murid yang tidak mahir mengolah perenggan isi karangan fakta. Cadangan penambahbaikan terhadap teknik ini adalah dengan memasukkan penanda wacana agar perenggan isi karangan fakta ada kesinambungan dan lengkap, jelas, tersusun dan koheren. Oleh yang demikian, kemahiran murid dalam pengolahan idea dan menulis karangan tentang sesuatu tajuk menjadi lebih kukuh dan mencapai tahap prestasi tinggi.
Abstract
The action research was conducted to improve the students’ skill in writing a coherent, structured and grammartical paragraph in factual essay by using the 'ICK Berjadual' technique. The findings of the preliminary survey showed that students had problems to construct ideas and sentences coherently in the paragraph when writing factual essay. The instruments used to collect the data are test and structured interview. The respondents of the study consist of 27 students in 4 Marikh class and 4 Malay Language teachers. This study was conducted based on the action research model by Lewin (1946) and Laidlaw (1992).The implementation this technique consists of activities such as the meaning of text content, examples and impact on students. The tables are used to strengthen skill in processing the content of the paragraph. The implementation of this technique was carried out in 4 weeks. Test findings in first and second formative showed 16 out of 20 respondentse had an increase in the score up to 59.26%. The test for Writing Factual Essay before and after the implementation of the technique showed an increase of 81.48%. The finding from the interview showed that 85.71% of the respondents believed that the techniques can help the student to structure the main idea and sentences of the paragraph grammatically correct and coherently. The findings showed that the technique of "ICK Berjadual" was able to help students to improve their skill and performance in writing correct and coherent paragraph. In conclusion,“ICK Berjadual” can be one of techniques for the Malay Language teachers to improve the students’ performance in writing factual essay. The suggestion for the improvement in the second cycle is to add on a discourse marker in the table to make it more complete and for the paragraph to be more coherent. Thus, the skills of students in the processing of ideas and writing factual essays about a particular topic will become more efficient and proficient.
0 comments:
Post a Comment