Peningkatan Kemahiran Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Aplikasi Kaedah S.K.A.B. Dalam Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Oleh;
Mohd Safuan bin Abu Bakar Samad
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu



ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ialah senarai semak pemerhatian dan ujian. Instrumen ini digunakan untuk mengesan perubahan pencapaian murid dalam kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar. Data yang diperoleh diproses dalam bentuk peratusan dan kekerapan. 20 orang murid tahun 5 sebuah sekolah di Kuala Lumpur terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Hasil tinjauan awal, murid didapati bermasalah dalam membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. Jadual S.K.A.B. diperkenalkan dan diajarkan kepada mereka untuk melatih mereka membina ayat berdasarkan gambar. Kajian ini menggunakan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dan dijalankan selama 1 bulan. Hasil kajian mendapati murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran membina ayat berdasarkan gambar. Murid mampu untuk membina ayat yang gramatis menggunakan maklumat yang terdapat di dalam gambar. Kaedah S.K.A.B. ini disarankan untuk diguna pakai kerana ia dapat melatih murid untuk membina ayat yang gramatis dan menepati maklumat dalam gambar. Aplikasi kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di bilik darjah akan meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran menulis khususnya kemahiran menulis ayat dan karangan.

ABSTRACT

This action research has been conducted to improve the sentence construct based on the information in the pictures given. Observation checklist and test are chosen to be used in this action research. Both instruments are used to detect any development in pupils’ achievement in constructing sentences based on pictures. The data obtained is processed in the form of percentage and frequency. Twenty pupils from a Year 5 class in one of the schools in Kuala Lumpur have been selected as the respondents for this research. Initial survey shows that the respondents are having problem in constructing sentences based on the pictures given. Respondents have been introduced and taught about S.K.A.B. table to train them to construct sentences based on the pictures. This research used Lewin (1946) and Laidlaw (1992) model and it ran for one month. The result shows that there is an improvement in sentence construction skill. Respondents managed to construct correct grammatical sentences after being exposed to the S.K.A.B table. S.K.A.B table is highly recommended because it can help pupils to construct grammatical sentences and at the same time use all information in the pictures. By using this method in teaching and learning Bahasa Malaysia in the classroom will improve and develop pupils’ achievement and writing skill especially in essays.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes