Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Pengaplikasian Kad Format Dan Latih Tubi Model Dalam Penulisan Surat Kiriman Rasmi



Nur Afiqah bt Mahat

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran menulis karangan berformat iaitu surat kiriman rasmi dalam kalangan murid tahun 5. Kajian ini dijalankan terhadap 20 orang murid tahun 5 Excellent di salah sebuah sekolah di Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berdasarkan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Instrumen yang digunakan ialah analisis dokumen, soal selidik, ujian dan temu bual. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak dapat menulis surat kiriman rasmi dengan menggunakan format yang betul. Kajian tindakan yang dijalankan melibatkan pengaplikasian kad format dan latih tubi model surat kiriman rasmi. Kajian ini dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Analisis dapatan ujian menunjukkan bahawa terdapat 8 orang murid (40%) mendapat pencapaian tahap memuaskan, 10 orang murid (50%) mendapat pencapaian tahap baik dan 2 orang murid (10%) mendapat pencapaian tahap cemerlang. Pencapaian ini berbeza dengan pencapaian murid dalam ujian awal iaitu terdapat 11 orang murid (55%) mendapat pencapaian tahap minimum dan 9 orang murid (45%) mendapat pencapaian tahap memuaskan. Dapatan soal selidik dan temu bual menunjukkan bahawa pengaplikasian kad format dan latih tubi model surat kiriman rasmi dapat membantu murid untuk menulis surat kiriman rasmi dengan menggunakan format yang betul. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan pengaplikasian kad format dan latih tubi model dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis karangan berformat surat kiriman rasmi. Pengaplikasian kad format dan latih tubi model juga dapat digunakan untuk karangan jenis format yang lain untuk meningkatkan kecekapan kemahiran menulis dengan lebih baik.

Abstract

The purpose of this study is to investigate writing skill of formal letter essay among standard five students. This study was conducted to 20 students of year 5 Excellent in selected school in Selangor. The study method based on Kurt Lewin’s (1946) and Laidlaw’s (1992) Investigation Model. The instruments that were used include documentation analyse, questionnaire, quiz and interview. Early observation shows that the students are not able to write formal letter essay using the correct format. The action carried out were the application of format card and drilling on formal letter model. This study had been carried out in 4 weeks. Test finding analyse shows 8 pupils which are 40 % achieve satisfactory level, 10 pupils which are 10 % achieved good level and 2 pupils which are 10 % achieved excellent level. This result is different to be compare to the earlier result which shows 11 pupils , 55% achieved minimum level and 9 pupils, 25% achieved satisfactory level. Finding of question and interview show the application of format card and drilling on formal letter model manage to help students to write formal letter correctly. Result of the study shows effectiveness application of format card and drilling on formal letter model that eventually increases writing skill of formal letter essay. The application of format card and drilling on formal letter model also can be used for other formative essay to increase for a better writing skill.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes