Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang menjadi panduan pelaksanaan perkhidmatan di sekolah
(i) Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan.
(ii) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar.
(iii) Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya.
(iv) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan hidupnya, dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
(v) Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan.
(vi) Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatannya
(vii) Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama.
(viii) Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar.
0 comments:
Post a Comment