Pengenalan :
Pengurusan bilik darjah adalah satu aspek penting mencorakkan perkembangan profesionalisme khususnya berkaitan dengan pengajaran dan kebolehan guru mencorak perkembangan dan pembelajaran pelajar. Guru yang cekap dan pakar akan mempamirkan ciri-ciri profesionalisme yang cemerlang di bilik darjah.Pengurusan bilik darjah banyak mempengaruhi perkembangan profesionalisme seseorang guru kerana dunia bilik darjah bukan sahaja memberi cabaran dan pengukuhan aspek-aspek profesionalime keguruan tetapi ia juga menyediakan prospek perkembangan profesionalime guru yang ideal dan unggul.Rajah 1 menunjukkan beberapa aspek perkembangan profesionalime keguruan dalam bilik darjah:
Srategi
Peraturan
Pengawalan
Penilaian
Profesionalisme
Kualiti Pengajaran:
- Pengajaran Efektif
- Pembelajaran Aktif
- Partisipatif
- Merangsangkan
Interaksi/Organisasi bilik darjah:
Fleksibel
Aktif
Terarah
Dorongan
Perkembangan Pelajar:
Akademik
Pelakuan
Sosial
Emosi
Iklim:
Bilik Darjah
Nilai
Sosialisasi
Displin
Kemoralan
Perkembangan profesionalisme guru dalam konteks bilik darjah meliputi dimensi yang luas menjangkau aspek-aspek seperti kecekapan dan kemahiran mengajar, perkembangan “self appraisal” keguruan, perkembangan staf ,perkembangan kepakaran, kebolehan merancang dan melaksanakan pengajaran, pengurusan dan perkembangan pelajar, kebolehan dan kecekapan menangani masalah personal dan interpersonal, kemahiran hubungan kemanusiaan, kemahiran kaunseling, meningkatkan prestasi dan kualiti pembelajaran serta perkembangan kualiti personal guru.
Guru yang cekap dapat menunjukkan ciri-ciri professional keguruannya dalam pelbagai aspek pengurusan bilik darjah. Merancang dan memimpin pelajar kearah kejayaan akademik, personal, vokasional ,sosial dan sivik adalah satu tugas yang memerlukan komitmen guru yang tinggi. Guru menjadi penggerak kepada pebagai wawasan Pendidikan dan perubahan sosial dalam masyarakat
Ciri-ciri professionalime guru boleh di nilai melalui kebolehan pengurusan di bilik darjah seperti berikut:-
A. Kebolehan mencorakkan kualiti pelajaran.
Guru yang professional berkebolehan mencorak kualiti pengajaran .Guru sebagai ahli professional perlu mempertahankan kualiti dan kecemerlangan tugas dan tanggungjawab dengan membuat pelbagai perubahan dan kemajuan.Selain daripada latihan professional dalam bidang Pendidikan , guru perlu cekap dalam mengaplikasi pelbagai teori , pengetahuan dan
kemahiran bagi mengukur cirri-ciri profesionalisme mereka di sekolah dan di bilim darjah. Pengjaran efektif dalam bidang akademik, intelek dan sosial, moral sahsiah dan tingkahlaku.
Ciri-ciri lain profesionalisme guru antaranya ialah melibatkan pengetahuan guru mengenai matapelajaran yang diajar, mengenali pelajar, pengetahuan guru mengenai teori dan amalan pengurusan bilik darjah yang cekap dan memahami aspek-aspek profesionalsme guru dapat di aplikasikan dalam tugas dan tanggungjawab di dalam bilik darjah di sekolah dan dalam masyarakat.
B. kebolehan menyusun organisasi pembelajaran.
Guru professional perlu memiliki kemahiran- kemahiran berikut bagi memantapkan kebolehan menyusun organisai pembelajan :-
--- Kebolehan merancang
--- kebolehan melaksanakan P&P berkesan
--- Kebolehan mengatur strategi
--- kebolehan menilai dan menolong
--- kebolehan memimpin
--- kebolehan membuat keputusan untuk tindakan segera
--- kebolehan membuat keputusan untuk perubahan
--- kebolehan menyusun cara belajar
--- Kebolehan pengawalan sosial, displin dan interaksi dalam bilik darjah
Kecekapan guru dalam mengaplikasikan kebolehan perkara-perkara di atas boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah, emosi, intelek dan moral dengan baik.
Guru yang professional dapat mencorakkan pola interaksi sosial yang dinamis seperti pola tingkahlaku, pola persahabatan, pola perkembangan kelompok, pola intergrasi dan sosial bilik darjah.
C. Kebolehan mencorakkan iklim Bilik darjah.
Kebolehan guru menerapkan amalan nilai seperti berikut di dalam bilik darjah akan mencorakkan ikhlim bilik darjah yang sempurna diantaranya :
--- kerajinan
--- ketekunan
--- daya usaha
--- menghargai masa
--- kecekapan belajar
--- kebersihan
--- bertanggungjawab
--- kerjasama.
Kebolehan guru dalam mensosialisaikan pelajar dalam kehidupan bilik darjah akan melahirkan pelajar-pelajar yang berdisplin, berwawasan, bertoleransi , bersefahaman dan sebagainya.
Ikhlim bilik darjah yang baik dan berkesan menunjukan kebolehan seseorang guru itu dapat menguruskan strategi, peraturan, pengawalan dan penilaian dalam pengurusan bilik darjah.
D. kebolehan mencorak perkembangan pelajar.
Diantara perkara yang amat mencabar kecekapan profesionalisme guru adalah dalam mencorakkan perkembangan pelajar yang merangkumi perkembangan berikut:
--- perkembangan akademi
--- perkembangan kelakuan
--- perkembangan sosial
--- perkembangan emosi pelajar
Perkembangan pelajar-pelajar yang seimbang dan dapat menyediakan pelajar dari segi keperluan berikut :-
--- keperluan untuk menhadapi dunia pekerjaan
--- keperluan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat
--- keperluan untuk mengembangkan kemahiran belajar
--- keperlian untuk membina kekuatan diri dari segi menghadapi pelbagai tekanan , pengaruh dan cabaran yang negatif.
1 comments:
Do you understand there's a 12 word phrase you can speak to your partner... that will trigger intense feelings of love and impulsive attractiveness to you deep within his heart?
Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, look after and guard you with his entire heart...
12 Words Who Trigger A Man's Desire Response
This impulse is so hardwired into a man's brain that it will drive him to work harder than ever before to take care of you.
Matter-of-fact, triggering this influential impulse is absolutely important to getting the best possible relationship with your man that once you send your man one of these "Secret Signals"...
...You will instantly notice him open his soul and mind for you in a way he haven't experienced before and he will see you as the one and only woman in the world who has ever truly fascinated him.
Post a Comment