Peningkatan Kemahiran Menulis Pantun Empat Kerat Dengan Menggunakan Jadual Pantun Berwarna
Oleh:
Mohd Hanif b. Zainaldin
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Abstrak
Oleh:
Mohd Hanif b. Zainaldin
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis pantun 4 kerat dalam kalangan 27 orang murid 5 Utarid di sebuah sekolah di Kuala Lumpur dengan menggunakan Jadual Pantun Berwarna. Kajian dijalankan berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Tinjauan awal mendapati responden tidak mengetahui konsep pembayang pantun, maksud pantun, cara menulis pantun dan tanda baca yang perlu digunakan. Kajian ini menggunkan instrumen ujian, temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Data dianalisis secara deskriptif. Pelaksanaan tindakan ini dimulakan dengan penerangan konsep dan bentuk pantun melalui penggunaan warna dan jadual. Pelaksanaan tindakan ini dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Hasil analisis ujian, temu bual dan soal selidik menunjukkan bahawa Jadual Pantun Berwarna dapat meningkatkan kemahiran menulis pantun 4 kerat dengan betul. Dapatan Ujian Akhir Menulis Pantun 4 Kerat menunjukkan 9 orang (33.3 peratus) responden berjaya mencapai 22-28 markah. Dalam temu bual, 5 orang (83.3 peratus) responden mengakui dapat menulis pantun dengan baik sementara dalam soal selidik, 25 orang (92.6 peratus) responden dapat mengingati konsep pantun setelah tindakan dijalankan. Selain itu, hasil analisis pemerhatian, soal selidik dan temu bual mendapati penggunaan Jadual Pantun Berwarna dapat menarik minat responden untuk belajar pantun. 6 orang responden yang diperhatikan dapat mengurangkan tingkah laku sebanyak 55.6 peratus apabila menggunakan Jadual Pantun Berwarna berbanding tidak menggunakannya. 26 orang (96.3 peratus) responden dalam analisis soal selidik bersetuju bahawa Jadual Pantun Berwarna membuatkan mereka seronok untuk belajar pantun. Dalam analisis temu bual, 4 orang (66.7 peratus) responden menyatakan bahawa mereka berminat menggunakan Jadual Pantun Berwarna untuk belajar pantun. Oleh itu, Jadual Pantun Berwarna boleh digunakan Guru Bahasa Melayu bagi mengajar responden menguasai kemahiran menulis pantun 4 kerat dengan betul. Cadangan kitaran kedua ialah penggunaan aplikasi multimedia ‘audio visual’ untuk mengembangkan kosa kata murid. Dengan tindakan ini, murid mampu menguasai perkataan baharu untuk digunakan semasa mencipta pembayang pantun.
Abstract
This action research was conducted to improve ‘pantun 4 kerat’ writing skills among 27 students 5 Utarid using the 'Pantun Colour Schedule’. This action research was conducted based on action research model introduced by Lewin (1946) and Leidlaw (1992). The preliminary survey found that respondents did not know the pantun concept, pantun purposes, pembayang, how to write pantun and punctuation should be used. The action research is using test instruments, interviews, questionnaires and observation. Data analyzed in descriptive. The implementation of this action begins with a description of pantun concept by using a colour and the schedule. The research implementation in 4 weeks. Analysis of test results, interviews and questionnaires showed that 'Pantun Colour Schedule’ can improve ‘pantun 4 kerat’ writing skills properly. The findings of the Ujian Akhir Menulis Pantun 4 Kerat shows nine people (33.3 percent) of respondents achieve 22-28 marks. In an interview, five people (83.3 percent) of respondents acknowledge can writing a good pantun. 25 persons (92.6 percent) of respondents in questionnaire able to recall the pantun concept after the action is carried out. In addition, analysis of observations, questionnaires and interviews found that 'Pantun Colour Schedule’ can attract respondents to learn pantun. 6 respondents found can reduce their behavior 55.6 percent when using the 'Pantun Colour Schedule’. 26 people (96.3 percent) of respondents in the analysis of the questionnaire agreed that the 'Pantun Colour Schedule’ makes them enjoy to learn pantun. In the analysis interviews, four people (66.7 percent) of respondents interested in using 'Pantun Colour Schedule’ to learn pantun Pantun. Therefore, 'Pantun Colour Schedule’ can be used by Malay Language Teacher to teach ‘pantun 4 kerat’ writing skills properly. To another step, multimedia 'audio visual' applications will be used to expand the students’ vocabulary. With this action, the students were able to master new words to use when creating pembayang pantun.
0 comments:
Post a Comment