Peningkatan Kemahiran Menulis Ayat

Penggunaan Jadual SKK Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Ayat Berpandukan Gambar



Oleh :
Muhammad Faris Bin Khairuddin
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

Abstrak
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan menulis ayat berpandukan gambar oleh murid tahun tiga. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berdasarkan model Lewin(1946) dan Laidlow(1992). Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemeriksaan karangan murid dan ujian pencapaian awal. Masalah utama yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan masalah menulis ayat berdasarkan gambar. Hal ini demikian, kerana murid-murid tidak mahir menstruktur ayat serta pengamatan bahan ransangan yang tidak tepat. Oleh itu, lahirlah ayat-ayat yang tidak menepati ransangan dan kurang gramatis. Berdasarkan masalah ini maka teknik penggunaan jadual SKK telah dilaksanakan kepada 30 orang murid di sebuah sekolah di Petaling Jaya untuk mengukur keberkesanan teknik ini. Pelaksanaan teknik ini dijalankan dalam tempoh empat minggu. Data dikumpulkan melalui anĂ¡lisis dokumen, ujian, temu bual dan soal selidik. Hasil anĂ¡lisis ujian pasca menunjukkan bahawa 13 orang murid (43.3 peratus) mendapat tahap pencapaian cemerlang, 14 orang murid (46.7 peratus) mendapat tahap pencapaian baik dan tiga orang murid(10 peratus) mendapat tahap pencapaian memuaskan. Hasil ujian pasca dan soal selidik mendapati bahawa teknik penggunaan jadual SKK ini amat berkesan untuk meningkatkan penguasaan menulis ayat berdasarkan gambar selain menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menulis. Melalui kajian ini diharapkan masalah murid menulis ayat dapat diatasi bagi meningkatkan prestasi murid. Selain itu, dicadangkan agar teknik ini diubah suai supaya menjadi lebih lengkap tentang item penyoalan yang disoalkan di dalam jadual penyoalan untuk membantu murid membina ayat yang lebih gramatis.

Abstract
This action research carried out to improve the control to write the verse from the pictures by pupils in standart three. Study design used was based on a model Lewin (1946) and Laidlow (1992). Initial survey was carried out by examination of student essays and the initial performance test. The main problem faced by the students related to writing sentences on the picture. This is because the student is not proficient structuring sentences and observations of inappropriate stimulation. Thus was born the verses that do not meet gramatis stimulation and less. Based on this problem then the use of techniques SKK schedule was implemented to 30 students at a school in Petaling Jaya to measure the effectiveness of this technique. The implementation of this technique carried out in four weeks. Data collected through document analysis, tests, interviews and questionnaires. Post-test analysis results show that 13 students (43.3 percent) for outstanding achievement, 14 students (46.7 percent) have a good level of performance and three students (10 percent) obtained a satisfactory level of performance. Post-test results and questionnaires found that the technique of SKK-up table is very effective to improve the mastery of writing sentences on the picture as well as generating interest among students to write. Through this study expected the students to write sentences can be overcome to improve student performance. In addition, suggested that this technique is modified to be more about item questioning the questioning asked questions in the table to help students build a more gramatis sentence.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes