Terapi Biblio

PENGENALAN TERAPI BIBLIO


-Kaunseling biblioterapi paling awal digunakan pada zaman Yunani yang mana terdapat satu papan kenyataan yang tergantung di pintu masuk sebuah pusat sumber. (Zaccaria dan Moses, dalam Nystul, 2003)
Perkembangannya selepas Perang Dunia Kedua.
Buktinya - tentera yang cedera mendapati membaca adalah satu proses pemulihan (healing process) yang lebih pantas dan tenang.
-Terapi biblio ini juga dikenali sebagai terapi buku.
-Terapi ini juga boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat.
-Dalam konteks pendidikan pula, ia dapat meningkatkan motivasi intrinsik murid terhadap sesuatu mata pelajaran.
-Kaunseling biblioterapi juga bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan teraputik kanak-kanak.
-Penggunaan biblioterapi agak popular sebagai pelengkap dalam sesi kaunseling

LANGKAH-LANGKAH TERAPI BIBLIO

Fasa 1- Peringkat Permulaan /Orientasi
Kaunselor bersuai kenal dengan klien.
Klien menceritakan perihal peribadi tetapi membataskan cerita.
Klien bersuai kenal sesama klien.

Fasa 2- Konflik dan Konfrantasi
Klien mula berkongsi masalah dan perasaan.
Kaunselor sebagai fasilitator / pemudah cara.

Fasa 3- Perkembangan dan Rasa Bersepadu
-Kaunselor menayangkan video yang berkaitan dengan masalah klien.
-Klien mula menghayati video dan mula mengaitkan dirinya dengan watak dalam video tersebut.
-Klien berbincang, mentafsir dan menyatakan celik akal yang diperoleh.
-Kaunselor memainkan peranan sebagai pelengkap dan penyokong.
-Kaunselor mencadangkan buku-buku yang perlu dibaca oleh klien.

Fasa 4- Penghasilan
-Klien menyatakan kebolehan untuk mencari jalan penyelesaian.
-Kaunselor mengulas pendapat klien.

Fasa 5- Penamatan
-Kaunselor memberitahu masa untuk sesi yang akan datang.
--Klien mengucapkan terima kasih kepada kaunselor.
-Sesi kaunseling ditangguhkan.

KEGUNAAN TERAPI BIBLIO
-Mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya, bahan-bahan seperti Chicken’s Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi).
-Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan (misalnya ketika beratur menunggu sesuatu)
-Menghilangkan ketegangan (panas baran, marah, tidak sabar).
-Meningkatkan perkembangan kanak-kanak.
-Dapat menyelesaikan masalah murid.
-Membantu murid memperoleh ilmu.

KEKURANGAN TERAPI BIBLIO
-Sesuai atau terhad kepada klien yang minat membaca sahaja
-Boleh diaplikasikan kepada murid yang boleh membaca sahaja
-Mengambil masa yang agak lama
-Kurang praktikal dalam kaunseling individu
-Memerlukan pemahaman yang tinggi.
-Perlu disesuaikan mengikut masalah yang dihadapi.

ALAT / KAEDAH TERAPI BIBLIO
-Cerita Pendek
-Biografi
-Buku Bantu-kendiri
-Cerita Dongeng
-Buku Gambar
-Video

KESIMPULAN

Kaunseling biblioterapi yang disarankan ini jelaslah merupakan alat atau rawatan yang biasa dijalankan.

Kaunseling biblioterapi ini merupakan jalan penyelasaian alternatif kepada para kaunselor terhadap masalah yang dihadapi oleh kliennya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Didik Hibur - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes